FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
Negara.
FALSAFAH SEKOLAH
Mendidik setiap insan supaya perkembangan dirinya seimbang melalui
pertumbuhan jasmani, emosi, moral dan estetika yang ada padanya untuk menjadi
rakyat Malaysia
yang mendukung prinsip-prinsip Rukun Negara.
Untuk mencapai falsafah tersebut maka
prinsip-prinsip di bawah menjadi pegangan:
1.
Bersepadu ke arah pencapaian bermutu,
2.
Mentaati tatasusila profesion perguruan,
3.
Memahami insan boleh dididik,
4.
Memahami alam sekitar boleh mempengaruhi dan
5.
Segala usaha ditumpukan kepada murid.
VISI SEKOLAH
SKPHW Terbilang Dalam Daerah Kerian 2015
MISI SEKOLAH
- Menjadikan SK Parit Haji Wahab sentiasa cemerlang dalam semua bidang bagi melahirkan generasi berkualiti ,berilmu dan beramal.
- Berusaha kearah kecemerlangan
- Bertanggungjawab
- Membuat keputusan dengan cepat dan tepat
- Mesra dan
dedikasi amalan kami
SULUH KATA
SKPHW
S : Sahsiah
didahulukan
K : Kecemerlangan
diutamakan
P : Pencapaian
gemilang disemarakkan
H : Harapan
disempurnakan
W : Wawasan
dijadikan kenyataan
TERAS PERKHIDMATAN
v
Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan.
v
Bekerja dengan penuh
tanggungjawab.
v
Usaha menangkis sikap
mementingkan diri
v
Berkhidmat dengan muhibbah
dan kemesraan
v
Bekerja ke arah memajukan
pemikiran rakyat dan
pembangunan Negara.
v
Berpegang teguh kepada
ajaran agama.
ETIKA KERJA SK PARIT HAJI
WAHAB
Bekerja dengan azam mengabdikan dirikepada Allah.
Bekerja dengan ikhlas dan amanah.
Bekerja dengan semangat gotong royongdan berpadu fikiran.
Bekerja dengan matlamat manusia sejagat.
PRINSIP SK PARIT HAJI WAHAB
Kami
guru-guru dan kakitangan SK Parit Haji Wahab berikrar akan berkhidmat sepenuh
hati untuk meningkatkan prestasi anak didik kami dalam bidang akademik dan
kokurikulum demi mencapai matlamat sekolah untuk melahirkan modal insan yang
seimbang dan harmoni.
LAGU SEKOLAH
1 Kami pelajar sekolah
Parit
Haji Wahab
Berjanji
dan Berikrar
Meningkatkan
mutu
Pendidikan
Berdisplin
bekerjasama
Membawa
perubahan
2 Kami pelajar sekolah
Meningkatkan
budaya bangsa
Bersumpah
taat setia
Kepada
Raja dan Negara
Prinsip
Rukun Negara Kita
Amalan
Kita semua……….
Harapan
ayah dan bonda
(Chorus)
No comments:
Post a Comment