SEJARAH SEKOLAH




  1. Nama   : Sekolah Kebangsaan Parit Haji Wahab ( ABA3020 )
  2. Alamat : Parit Haji Wahab, 34250 Tanjong Piandang, Perak.
  3. Luas Tanah : Lot No 1314 – 0e 3r 16p
                            Lot No 1300 – 2e 3r 01p
  1. Banggunan : 1 bangunan 2 tingkat (kekal) JKR 1059
                           1 bangunan separuh kekal JKR 818
                           1 bangunan separuh kekal – gotong royong
                           1 buah kantin kekal JKR 1060


            Sekolah ini diberi nama SK Parit Haji Wahab. Dibuka pada 02.06.1907, mengikut nama tempat sekolah ini didirikan. Bangunan asal berupa rumah kedai yang letaknya kira-kira 0.3 kilometer daripada sekolah sekarang. Keramaian murid ketika itu lebih kurang 55 orang.
            Pada 12.02.1907 tempat belajar berpindah ke rumah Tuan Haji Md Saman dengan dikenakan bayaran sewa sebanyak RM5.00 sebulan yang dibayar oleh kerajaan.
            Sebuah bangunan baru dibina oleh kerajaan (PWD 189) yang luasnya 16 meter x 8 meter di atas tanah Lot no.1314 pada 27.04.1919.
            Memandangkan bilangan murid meningkat ke 105 orang, sebuah lagi bangunan tambahan (PWD 190) didirikan dalam tahun 1924. Bangunan ini kemudian dirobohkan selepas perang dunia kedua dalam tahun 1948. Ketika itu keramaian muridnya meningkat seramai 204 orang. Oleh itu, murid-murid terpaksa belajar di dua sesi iaitu pagi dan petang.
            Dalam tahun 1949, bilangan murid bertambah kepada 251 orang. Sebuah bangunan dua tingkat didirikan oleh ibubapa dan penjaga murid.Separuh dari harga pembinaan bangunan itu dibiayai oleh Tuan Haji Hassan. Pihak kerajan telah mengucapkan tahniah kepada beliau diatas sumbangan tersebut.
            Sebuah lagi bangunan sementara didirikan pada Mei 1957 oleh ibubapa dan penjaga murid. Bangunan ini luasnya 19 meter x 6.5 meter.

1 comment: