INFO SEKOLAH


                             FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.   

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia  yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

  FALSAFAH SEKOLAH

Mendidik setiap insan supaya perkembangan dirinya seimbang melalui pertumbuhan jasmani, emosi, moral dan estetika yang ada padanya untuk menjadi rakyat Malaysia yang mendukung prinsip-prinsip Rukun Negara.

Untuk mencapai falsafah tersebut maka
prinsip-prinsip di bawah menjadi pegangan:

1.           Bersepadu ke arah pencapaian bermutu,

2.           Mentaati tatasusila profesion perguruan,

3.           Memahami insan boleh dididik,

4.           Memahami alam sekitar boleh mempengaruhi dan

5.           Segala usaha ditumpukan kepada murid.


                                                      VISI SEKOLAH

SKPHW Terbilang Dalam Daerah  Kerian 2015

                  MISI  SEKOLAH

  • Menjadikan SK Parit Haji Wahab sentiasa cemerlang dalam semua bidang bagi melahirkan generasi berkualiti ,berilmu dan beramal.
  • Berusaha kearah kecemerlangan
  • Bertanggungjawab
  • Membuat keputusan dengan cepat dan tepat
  • Mesra dan dedikasi amalan kami
            SULUH KATA SKPHW

S          :           Sahsiah didahulukan
K          :           Kecemerlangan diutamakan
P          :           Pencapaian gemilang disemarakkan
H          :           Harapan disempurnakan
W         :           Wawasan dijadikan kenyataan

           TERAS PERKHIDMATAN

v    Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan.

v    Bekerja dengan penuh tanggungjawab.

v     Usaha menangkis sikap mementingkan diri

v     Berkhidmat dengan muhibbah dan kemesraan

v     Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan
                             pembangunan Negara.

v     Berpegang teguh kepada ajaran agama.

                                 ETIKA KERJA SK PARIT HAJI WAHAB

*       Bekerja dengan azam mengabdikan dirikepada  Allah.
*       Bekerja dengan ikhlas dan amanah.
*       Bekerja dengan semangat gotong royongdan berpadu fikiran.
*       Bekerja dengan matlamat manusia sejagat.

 PRINSIP SK PARIT HAJI WAHAB

Kami guru-guru dan kakitangan SK Parit Haji Wahab berikrar akan berkhidmat sepenuh hati untuk meningkatkan prestasi anak didik kami dalam bidang akademik dan kokurikulum demi mencapai matlamat sekolah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan harmoni.

                     LAGU SEKOLAH

            1          Kami pelajar sekolah
                        Parit Haji Wahab
                        Berjanji dan Berikrar
                        Meningkatkan mutu
                        Pendidikan
                        Berdisplin bekerjasama
                        Membawa perubahan

            2          Kami pelajar sekolah
                        Meningkatkan budaya bangsa
                        Bersumpah taat setia
                        Kepada Raja dan Negara
                        Prinsip Rukun Negara Kita
                        Amalan Kita semua……….

                        Harapan ayah dan bonda
                        (Chorus)

No comments:

Post a Comment